Friday, 26 July 2013

3.1


Kecewa?
Berhati hatilah melangkah supaya tidak lagi tersalah. Hidup yang bertujuan akan bergerak ke hadapan bersama sama dengan harapan. Bukan hanya angan semata. Percayalah pada tujuan kerana ianya akan menjadi batu loncatan sekiranya percaya itu kita letakkan di tangan Dia yang Berkuasa.

Jangan hanya leka bermimpi kerana ianya belum tentu realiti.
kata Pak Hamka, cinta bukan mengajar kita lemah,tetapi membangkitkan kekuatan.cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.
semoga kekal bertujuan mencari jalan menuju Tuhan. Lailahaillah.


Tanya sama pokok
Apa sebab goyang
Nanti jawab pokok 
Angin yang goncang.
Tanya sama hati 
Apa sebab luka
Nanti jawab hati
Dia yang leka.

maka,apa apa yang menjurus kepada kelekaan itu bukan cinta namanya. ia pemusnah jiwa.
lantas tinggalkanlah segala yang melekakan dan teruskan mencari bahagia. 



Thursday, 18 July 2013

Dua





Kita siapa?
Menyoal kehendak yang luar biasa
Menyapa manis jiwa dan membiar rasa
Hati kau bagaimana?
Sudah cukup sempurna?
Pengabdian yang bagaimana kau mahu buktikan?
Jangan menyalak pada bukit
Ia tak mungkin bergerak walau sedikit.
Jangan biar roh mu menderita sakit
Sedang kau bahagia bergelumang dosa.
Dirimu akan kembali menghadap Dia yang Esa.
Tidak kah kau malu apa laku mu di dunia?
Jangan berdusta kerana cinta
Sedang kau tahu ianya buta dan gelap
Kelabu dan hitam
Tiada cahaya.
Carilah dirimu bukan pada pelangi.
Ia sementara dan sekadar penyedap rasa.
Cari dirimu dan bawa kepada Dia.
Itu bahagia. Abadi.

-pesan dia
yang kurik itu kundi
yang singgah itu hujan
yang cantik itu budi
yang indah itu iman
.



Wednesday, 3 July 2013

1




Lepaskan apa yang kau pegang
Jangan lagi kau simpan
Ia menyakitkan, mengundang pedih dan bisa.
Bantulah, aku merayu
Biarkan sahaja ia pergi mencari diri
Perjalanan menuju tuhan terlalu banyak liku
Sabarlah, aku minta agar kau bertahan
Berpautlah pada dahan dan teduhan.
Tiada permaidani indah untuk kau istirahat
Tiada pertapa buat petunjuk jalan
Segalanya ada dalam genggaman
Antara belakang dan depan
Antara hina dan mulia.
Teruskanlah
Jangan menangis kerana dia yang sedang gembira
Jangan bersedih kerana dia yang bahagia
Jangan mengapung luka di dada kerana dia yang tidak merasa.
Percaya.
Bahawa jalan telah tersedia di hadapanmu
Bahagia itu bukan sekadar pilihan.
Ia satu tujuan.

~pesan dia:
kalau tuan hendak ke taman
ambilkan saya sekuntum cempaka
kalau benar berhati rawan
serahkan diri pada pencipta